Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Secara dasarnya, teknologi maklumat mahupun berita tidak dapat dipisahkan daripada remaja. Di seluruh dunia, mereka adalah golongan yang paling banyak menggunakan teknologi komunikasi dalam kehidupan seharian.
Remaja pada masa kini sangat berbeza dengan remaja pada zaman ibu bapa kita sekitar tahun 70-an dan 80-an dahulu. Sekarang, mereka lebih terdedah kepada penggunaan teknologi komunikasi yang lebih canggih seperti Facebook (fb), Twitter, Yahoo Messenger(YM), Myspace, dan lain-lain. Setiap hari mereka menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Jelas, ia merupakan fenomena kepada remaja dan mereka melayari Internet sekurang-kurangnya dua jam untuk mencari maklumat atau menghabiskan masa senggang yang ada. Mereka bebas meluahkan perasaan di status yang terdapat di laman sosial, memuat turunkan gambar untuk tatapan rakan-rakan dan berkongsi maklumat sesama sendiri.
Seterusnya, remaja pada zaman sekarang mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu yang berlaku dalam atau luar negara. “Online newspaper” lebih mendapat sambutan daripada akhbar kompak yang berada di pasaran. Mungkin mereka selesa menggunakan kemudahan yang terdapat di ‘hujung jari’ mereka berbanding pergi ke kedai untuk mendapatkan akhbar atau bahan bacaan yang berkaitan. Mereka lebih memilih untuk melayari Internet berjam-jam lamanya daripada membeli bahan bacaan bercetak yang terdapat di pasaran.
Secara keseluruhannya, teknologi maklumat yang semakin berkembang banyak membantu golongan remaja untuk mencari maklumat atau berita mengenai sesuatu isu yang dipaparkan di media massa. Mereka tidak menerima secara membuta tuli segala maklumat yang diperoleh tetapi memilih maklumat yang benar dan tidak palsu
3 comments:
Adakah remaja hari ini mudah untuk dikotori hanya melalui media sosial?
putera: bergantung kepada pendedahan yang diterima oleh mereka.Keputusan terletak di tangan mereka untuk menggunakan media masa secara baik atau 'kotor'.Sekadar pandangan shj:)
Adakah pihak kerajaan hari ini mampu untuk menangani isu ini? Atau ianya bergantung seratus-peratus kepada etika setiap pengguna?
Post a Comment