ICT (Internet Communication Technology) bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang sering digunakan pada masa kini untuk tujuan berkomunikasi serta menyampai dan menyalurkan pelbagai jenis maklumat yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Maklumat serta pelbagai informasi terkini boleh didapati dengan sekelip mata serta dihujung jari dengan adanya kemudahan ICT pada masa kini.
Dalam dunia yang serba moden ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa rata-rata rakyat memerlukan maklumat dalam mengikuti arus semasa dan kebanyakkannya memilih internet yakni media baru dalam mendapatkannya memandangkan ianya mudah, pantas serta menjimatkan masa dan tenaga. Remaja terutamanya lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat melalui penggunaan media baru ini berbanding media tradisional seperti surat khabar, risalah mahupun majalah yang mana lebih telus dan tepat.
KENAPA MEDIA TRADISIONAL LEBIH TELUS DAN TEPAT?
Ini adalah persoalan yang sering diutarakan bagi mereka yang acapkali menggunakan media baru dalam mendapatkan maklumat. KENAPA? KENAPA? KENAPA? Media tradisional lebih telus dan tepat informasinya? Hal ini dapat dirungkaikan dengan mudah jika seseorang itu dapat memahami ciri ketanpanamaan identity (anonymous) dalam penyebaran dan penyampaian teknologi maklumat.
Sebagai contoh, penggunaan blog kini semakin menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia. Individu mahupun mana-mana organisasi kini mampu untuk menyuarakan pendapat, pandangan, kritikan, sokongan dan sebagainya melalui hasil tulisan mereka di dalam blog.. Ciri-ciri blog dimana ianya bebas dalam pelbagai aspek memberikan impak kepada perkembangan blog itu sendiri dan hal ini telah mencetuskan masalah yang digeruni ramai dimana maklumat yang ada pada masa kini datang dari sumber yang tidak boleh dipercayai. Ketanpanamaan (anonymous) menggalakkan lagi aktiviti penyebaran maklumat yang tidak tepat terhadap sesuatu isu dan isu ini semakin menjadi jadi tatkala apabila informasi itu disebarkan melalui blog dimana identity blog itu dilindungi dan ianya dijadikan sebagai medium untuk penyebaran fitnah dan sebagainya.
Blog dilihat sebagai platform dalam masyarakat mendapatkan kebebasan dari segi kebebasan bersuara dan kebebasan mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun, persoalannya adalah adakah kebebasan memiliki blog ini memberikan kesan terhadap keterdapatan maklumat yang telus untuk diguna pakai oleh golongan masyarakat?
Seperti yang kita sedia maklum, maklumat yang kita perolehi daripada media tradisional adalah lebih tinggi tahap ketelusannya memandangkan ianya ditulis dan fakta yang diperolehi adalah daripada sumber-sumber yang dipercayai dan ianya dikawal selia dengan rapi sebelum sesuatu informasi itu disalurkan kepada masyarakta, hal ini adalah amat bercanggah sama sekali dengan media baru dimana informasi yang didapati tidak dikenal pasti sumbernya dan ianya tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Melalui media baru, ianya dilihat mendatangkan kelemahan dari aspek penyebaran maklumat memandangkan terlalu banyak pandangan dan maklumat yang disuarakan dari pelbagai laman sesawang seperti blog, forum, facebook, twitter dan sebagainya.
Keadaan tersebut akan menyebabkan percanggahan informasi dan hal ini akan menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan kepada pembaca serta mereka yang mahukan informasi. Hal ini bermaksud, jika terlalu banyak fahaman atau idelogi serta terdapat individu yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah serta informasi yang tidak benar.
Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku seperti globalisme, era teknologi maklumat, kapitalisme, dan liberalisme memberi kesan yang amat besar dalam proses penyaluran maklumat. Teknologi, sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, internet dikenali sebagai “sampah-sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Ada sekian banyak laman-laman web yang mendedahkan bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.
Malah, sejak kebelakangan ini internet telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah, berita-berita palsu. Sesetengah bahan negatif yang disebarkan itu memang mendatangkan kesan buruk dan ianya mampu untuk mempengaruhi corak pemikiran masyarakat dan ini dikhuatiri akan membawa impak yang buruk pada masa hadapan.
Sebagai konklusinya, penyalahgunaan teknologi dalam menyalurkan maklumat oleh sesetengah pihak boleh mendatangkan impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Teknologi seharusnya digunakan dengan berhemat supaya maklumat yang diperolehi adalah telus dan boleh dipercayai. Selain daripada itu, penerima maklumat yang menggunakan medium teknologi untuk mendapatkan maklumat seharusnya bijak bagi memastikan mereka tidak terus terangan menelan segala informasi yang diberikan.
No comments:
Post a Comment