Keprihatinan terhadap jenayah siber yang sering melibatkan masyarakat ini semakin mendapat perhatian ramai. Banyak kes penipuan yang licik dilakukan oleh penjenayah siber ini. Paparan mengenai penipuan di alam maya sering kali didengari dan sudah menjadi santapan harian kita. Penyamaran identiti dan pemalsuan maklumat menggunakan alam maya mendatangkan masalah malah mampu melumpuhkan kredibiliti seseorang. Terdapat satu artikel yang harus dikongsi bersama untuk kesejahteraan pada masa akan datang.
Pada 28 Disember 2008, isu mengenai seorang pakar peniagaan internet, Irfan Khairi telah mengambil tindakan undang-undang dan menulis di dalam laman web rasmi beliau bahawa susulan kes mengenai SPAMMERS yang menggunakan nama beliau dalam email untuk mempromosikan skim buat duit di Internet, laporan polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan.
![]() |
Metro Ahad, 28 Disember 2008. page 2. |
Tindakan undang-undang telah dilakukan oleh Irfan Khairi dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama. Kenapa tindakan perlu dilaksanakan?
- Email sebegini yang mempergunakan nama beliau telah menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan beliau dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah beliau.
- Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti beliau sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama beliau di dalam email menganggu kredibiliti beliau sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang beliau pandang amat serius.
- Dengan menyamarkan nama beliau, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri beliau tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
- Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama beliau di mata pelanggan korporat yang melantik beliau atau bakal melantik beliau sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak beliau dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
- Pihak yang menggunakan nama beliau dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
- Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya beliau tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
- Sekiranya beliau tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama beliau untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri beliau sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
- Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!
Perkara sebegini telah terjadi pada beliau sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.
Jika direnung kembali, kes seperti ini melibatkan seorang pakar perniagaan internet yang mahir mengenai internet, beliau mampu bertindak untuk menyelesaikan masalah ini dan suara beliau dapat didengari oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat biasa yang menjadi mangsa penipuan di alam maya, contohnya remaja yang sering kali menjadi mangsa penipuan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Jenayah siber dewasa ini tidak harus dipandang remeh.
No comments:
Post a Comment