Thursday, 8 December 2011

TEKNOLOGI, BERITA, MAKLUMAT DAN REMAJA

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Secara dasarnya, teknologi maklumat mahupun berita tidak dapat dipisahkan daripada remaja. Di seluruh dunia, mereka adalah golongan yang paling banyak menggunakan teknologi komunikasi dalam kehidupan seharian.

Remaja pada masa kini sangat berbeza dengan remaja pada zaman ibu bapa kita sekitar tahun 70-an dan 80-an dahulu. Sekarang, mereka lebih terdedah kepada penggunaan teknologi komunikasi yang lebih canggih seperti Facebook (fb), Twitter, Yahoo Messenger(YM), Myspace, dan lain-lain. Setiap hari mereka menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Jelas, ia merupakan fenomena kepada remaja dan mereka melayari Internet sekurang-kurangnya dua jam untuk mencari maklumat atau menghabiskan masa senggang yang ada. Mereka bebas meluahkan perasaan di status yang terdapat di laman sosial, memuat turunkan gambar untuk tatapan rakan-rakan dan berkongsi maklumat sesama sendiri.

Seterusnya, remaja pada zaman sekarang mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu yang berlaku dalam atau luar negara. “Online newspaper” lebih mendapat sambutan daripada akhbar kompak yang berada di pasaran. Mungkin mereka selesa menggunakan kemudahan yang terdapat di ‘hujung jari’ mereka berbanding pergi ke kedai untuk mendapatkan akhbar atau bahan bacaan yang berkaitan. Mereka lebih memilih untuk melayari Internet berjam-jam lamanya daripada membeli bahan bacaan bercetak yang terdapat di pasaran.

Secara keseluruhannya, teknologi maklumat yang semakin berkembang banyak membantu golongan remaja untuk mencari maklumat atau berita mengenai sesuatu isu yang dipaparkan di media massa. Mereka tidak menerima secara membuta tuli segala maklumat yang diperoleh tetapi memilih maklumat yang benar dan tidak palsu

REMAJA DAN POPULARITI

Facebook, Friendster, MySpace, YouTube dan Twitter antara laman sesawang sosial yang popular dan tidak asing kepada semua golongan lantaran rata-rata masyarakat pelbagai lapisan usia celik teknologi maklumat.

Kemunculan facebook pertama kali diperkenalkan pada 4 Februari 2006 oleh penuntut Harvard University, Mark Zuckerberg yang awalnya hanya untuk penuntut di universiti berkenaan ternyata memberikan fenomena baru di alam siber.

Kini dengan lebih 400 juta pengguna aktif di seluruh dunia, populariti laman sesawang sosial ini terus berkembang pesat dan hampir setiap saat pasti ada pengguna baru mendaftarnya. Jaringannya yang begitu luas menjadikan hubungan semakin mesra, rapat dan dekat.

Begitulah kehebatan facebook yang bukan saja mempunyai ramai ikutan tetapi ada beberapa faktor yang menbawanya kepada kelebihan lain sehingga menyebabkan sebilangan individu taksub dan ada di antara mereka seakan tidak senang duduk jika tidak dapat melayari laman sosial itu.

Kesan positif dan negatif memang nyata dengan penggunaan laman sosial. Ada yang menjadi popular dengan hanya melayari laman sesawang ini. Malah melalui facebook juga mereka mencipta kejayaan seperti menjadi ahli perniagaan kecil-kecilan dan juga menjadi model sambilan. Hanya melalui foto yang dimuat turunkan, mereka mampu mengecapi populariti dalam sekelip mata.

Jika kita lihat muat turun video di laman sosial YouTube lebih banyak kesannya terhadap remaja, sama ada dari sudut positif atau negatif. Contonya seperti penyanyi remaja digilai ramai, Justin Bieber yang bermula di YouTube dan menjadi terkenal apabila komposer Usher melamarkan sebagai artis rakaman. Orang yang bertanggungjawab membawa Bieber ke puncak populariti kini ialah Scooter Braun yang tertarik dengan videonya di YouTube pada 2008.

Selain itu, anak kelahiran Malaysia, Zee Avi atau Izyan Alirahman, mula dikenali di YouTube melalui lagu Kantoi dan kini mengukir nama di luar negara. Begitu juga Yuna yang mula dikenali dengan lagu Yang Sebenarnya juga di YouTube kemudian menjadi artis yang dikagumi di Malaysia. Tidak lupa juga, artis terbaru, Najwa Latif yang kini popular dengan lagu Cinta Muka Buku, lebih dulu popular di YouTube. Gadis asal Johor ini menyanyikan lagu cover version bersama petikan gitarnya berjaya menambat hati peminatnya di laman sesawang YouTube. Walaupun stesen televisyen kita banyak menganjurkan program realiti mencari bakat seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol (MI), One In A Million (OIAM), Mentor dan sebagainya, ia belum cukup meluas untuk mencungkil bakat terpendam yang ada hingga mereka memilih saluran lain seperi di YouTube untuk menunjukkan bakat terpendam mereka.

Jika ada remaja yang berfikiran positif dalam memajukan diri mereka untuk masa depan yang terjamin, tidak kurangnya remaja yang mengejar populariti tanpa memikirkan kesan negatif yang terpaksa ditanggungnya sepanjang hayat. Mengejar populariti melalui memaparkan tubuh badan di laman sesawang semata-mata untuk menunjukkan kepopulariti anatara ahlinya adalah satu tindakan yang tidak bijak.

Kita dibelenggu kehairanan mengapa sesetengah remaja tergamak menyalahgunakan teknologi maklumat (IT) dengan mendedahkan bahagian sulit tubuh untuk tontonan ramai. Baru-baru ini, seorang remaja Melayu yang menggelar dirinya 'Ella' 'menggemparkan' dunia perkongsian fail siber, Kazaa, dengan bersahaja mendedahkan bahagian sulit tubuhnya melalui kamera jaringan.

Tanpa disedarinya, gambar yang hanya dipancarkan untuk orang tertentu telah dirakam seorang pelungsur dan disebarkan secara meluas melalui rangkaian perkongsian fail, Kazaa. Begitulah dahsyatnya apabila penyalahgunaan teknologi kian menjadi masalah meruncing di kalangan belia kita. Sejak kemunculan teknologi Internet 'menguasai' dunia siber, bermacam lelaman 'luah rasa' dan 'dedah tubuh' (exhibitionism) membanjiri trafik jaringan serata dunia.

Jika dulu, di New Orleans wujud pesta yang melibatkan peserta remajanya mendedahkan payu dara untuk mengumpul seberapa banyak kalung manik sebagai tanda populariti, kini segalanya dibuat di alam siber. Mereka hanya menggunakan kamera jaringan yang memancarkan imej terkini dari lokasi di mana ia berada. Sekelip mata, gambar-gambar kurang elok yang merakam bahagian sulit tubuh dipancarkan melalui Internet.

Golongan remaja sewajarnya berusaha untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beretika ketika melayari internet. Apa yang terjadi kini sebenarnya untuk kita memahami perilaku yang berada di luar etika dan norma kemasyarakatan yang sering kali dikaitkan dengan golongan remaja ketika berinternet dan hubungannya dengan kehidupan realiti mereka.

PENYEBARAN MAKLUMAT TANPA KAWALAN

     Kebebasan maklumat merupakan penyebaran informasi secara bebas. Ini bermakna penyebaran maklumat dengan tanpa kawalan undang-undang. Pada masa kini, terdapat banyak cara untuk penyebaran maklumat seperti radio, majalah, internet, surat khabar,dan sebagainya.

       Maklumat pula merupakan sumber yang membolehkan kita mengetahui sesuatu perkara atau peristiwa terhadap sesuatu kawasan atau tempat. Di sebabkan kita hanya mampu berada di satu tempat pada satu masa, ia menghalang kita untuk mengetahui kejadian yang berlaku di luar kawasan. Di sebabkan itu, pelbagai kaedah akan digunakan untuk membolehkan maklumat disampaikan kepada dengan cepat dan tepat kepada setiap individu.

       Antara contoh kaedah yang digunakan kini untuk menyampaikan sesuatu maklumat secara tanpa kawalan ialah kebebasan untuk bersuara di laman blog dan laman sosial. Di situ, setiap individu akan menggunakan medium tersebut sebagai tempat untuk menulis segala maklumat atau peristiwa yang berlaku sesuka hati tanpa mengambil diganggu oleh pihak lain. Di laman ini juga, kebebasan hak untuk bersuara oleh setiap individu tidak menghalang mereka daripada menyampaikan maklumat yang mungkin akan menyinggung banyak pihak.
 
     Melalui laman sosial yang kian digilai ramai tidak kira peringkat umur iaitu Facebook (fb)juga turut mengundang masalah penyebaran maklumat tanpa kawalan. Pengguna fb selalunya akan ‘update status’ dan selalunya ‘status’ yang akan di beritahu kepada rakan-rakan yang lain adalah mengenai diri, kehidupan seharian, masalah pencintaan dan juga masalah lain yang sepatutnya menjadi hak peribadi seseorang, tetapi akan disebarkan. Sepatutnya, sebagai belia, kita boleh berfikir secara matang dengan tidak ‘update status’ yang boleh orang lain mengetahui apa yang tidak sepatutnya kerana ia boleh membahayakan diri kita sendiri. Acapkali kita lihat, apabila seseorang itu sedang marah, maka mereka akan menulis di fb dengan pelbagai cacian dan kadang-kala boleh mengundang kepada isu sensitiviti.



     Namun begitu, kita mesti berwaspada dengan kemudahan teknologi ini kerana ianya juga dapat memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. Ini kerana penggunaan tanpa sempadan atau kawalan membolehkan kita melakukan perkara yang baik malah gejala yang buruk juga mudah dilakukan. Contohnya pada masa kini, maklumat-maklumat yang terdapat pada teknologi ini tiada sekatan membuatkan masyarakat menggunakannya dengan cara yang salah.

     Di antara gejala yang berlaku adalah seperti berlakunya kes penipuan, penyelewengan di dalam perniagaan, wujudnya laman web lucah yang sering dilayari dan berlaku hasutan antara pihak berkepentingan serta wujudnya maklumat-maklumat palsu yang dapat memesongkan fikiran masyarakat. Malah banyak lagi perkara yang tidak baik berlaku iaitu seperti fitnah, menghasut dan kadangkala boleh membawa kepada pergaduhan.

     Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Bermacam-macam bentuk tohmahan dan cacian akan dilontarkan secara terbuka kepada umum tanpa ditapis. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada orang ramai dengan memperolehi maklumat yang salah dan ia juga akan mendedahkan budaya yang tidak elok kepada generasi muda melalui video.

        Contohnya, cakera padat digital (DVD) yang mengandungi adegan hubungan seks antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan seorang wanita luas disebar di Muar dan Batu Pahat. Si perakam itu merakamkan video seks Dr Chua secara sulit di sebuah hotel dan direkodkan di dalam bentuk DVD serta menyebarkannya secara percuma oleh si penyebar kepada orang ramai untuk berpeluang menonton video seks tentang seseorang ahli pemimpin politik yang terkemuka tempatan. Selain itu, tindakan perakam dan penyebar DVD ini dapat memuaskan hati semua ahli parti pembangkang Dr Chua sebab beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan politik.

     Selain itu, laman web pornografi juga tiada mempunyai sekatan di negara kita. Seperti yang kita tahu, remaja dan belia boleh mengakses laman tersebut tanpa sekatan dan kawalan melainkan di ‘block’ oleh sesetengah pihak. Dengan tersebarnya aktiviti yang tidak bermoral ini, secara tidak langsung ia dapat merosakkan lagi akhlak para belia dan banyak jenayah yang akan berlaku sekiranya benda ini tidak ditanggani seperti jenayah mencabul dan merogol. Jadi dimanakah sekatan dan kawalan yang kerajaan wujudkan? Mengapa laman web sebegini masih lagi boleh dilayari? Itu antara persoalan yang masih lagi tiada punya jawapan.



     Tambahan lagi, maklumat yang tiada kesahihan ini akan merebak dengan pantas disebabkan oleh kecanggihan teknologi seperti penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) yang sudah menjadi kebiasaan pada manusia di era kini. Hampir setiap individu menggunakan cara menyebaran maklumat melalui kaedah ini kerana ianya mudah, cepat dan jimat. Maklumat yang dihantar melalui tidak dapat disekat atau dikawal kerana ianya di anggap sebagai privasi setiap individu yang tidak boleh dicabuli oleh sesiapa.


     Contohnya, dalam pilihanraya umum ke-11, pihak pembangkang berkempen menggunakan media alternatif seperti SMS dan laman blog akibat daripada kawalan media aliran perdana oleh kerajaan Barisan Nasional. Pihak pembangkang telah menggunakan SMS untuk menyebarkan ideologi mereka kepada para pengundi supaya menyokong mereka dan berbau perkauman dalam pilihanraya umum. Katanya, SMS tersebut turut meminta penerimanya jangan menyokong calon Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa mereka hanya membantu satu kaum tertentu sahaja. Secara tidak langsung, sms dijadikan alat propaganda untuk kepentingan parti politik tertentu.

     Jika maklumat yang dibaca itu telah disalah-ertikan, ia boleh mendatangkan keburukan kepada keharmonian sejagat. Ini kerana, individu tersebut akan menyebarkan sms yang diterimanya kepada orang lain sepertimana yang dikatakan mesej berantai tanpa diselidikinya dahulu kesahihannya. Oleh itu, maklumat yang di hantar samada benar atau palsu akan tersebar dengan pantas sehingga mampu memporak-porandakan keamanan sesebuah negara jika ianya mempunyai unsur yang negatif.

     Kebebasan bersuara memang tidak boleh dinafikan tetapi biarlah bertempat dan melalui kaedah yang betul. Kemudahan teknologi maklumat kini telah membuatkan segala keperluan dan kehendak kita menjadi lebih mudah ibarat segalanya hanya di hujung jari di dalam evolusi dunia tanpa sempadan. Kita mampu untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku di sekeliling dunia hanya dengan berada dirumah melayari internet. Di situ juga, kita dapat menyampaikan pelbagai maklumat untuk diketahui umum tanpa perlu bersusah-payah menggunakan kederat tulang empat kerat.

     Memang penting untuk masyarakat mendedahkan diri dengan internet dan teknologi maklumat. Tetapi perlu diguna secara baik menurut keperluan yang tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada. Sebagai manusia yang hidup di zaman serba canggih, kita perlu menjadi lebih proaktif dan dinamik. Setiap kerja yang kita lakukan harus menitikberatkan sifat kelestarian supaya ia tidak memberikan contoh yang buruk kepada generasi muda. Tidak salah untuk kita menyebarkan pelbagai maklumat kepada umum demi membuka minda mereka tetapi setiap maklumat tersebut haruslah sahih dan mempunyai fakta yang kukuh. Jangan jadikan medium ini sebagai tempat untuk melepaskan geram semata-mata tanpa memikirkan mengenai sensitiviti orang lain.


PERBANDINGAN BERITA DAN MAKLUMAT ANTARABANGSA DAN MALAYSIA

Pengaliran maklumat di peringkat antarabangsa dan di dalam Malaysia sebenarnya berbeza dari segi capaian untuk mengakses kepada sumber maklumat tersebut. Realiti pada hari ini, kita boleh mendapati bahawa maklumat mahupun berita di peringkat antarabangsa senang diperolehi samada secara telus atau terang-terangan.

Cuba kita rujuk sahaja kepada pelaporan berita samada di dalam media antarabangsa dan Malaysia dan cuba kita bandingkan. Media antarabangsa seperti di Amerika Syarikat (US), pelapor mereka lebih berani untuk membuat berita walaupun berita tersebut bakal menjatuhkan reputasi dan memalukan ahli politik Negara mereka . Mereka akan berasa bangga sekiranya berjaya mendedahkan kontroversi yang melibatkan pemimpin tersebut. Sebagai contoh, ada media yang dengan beraninya mendedahkan kontroversi skandal seks yang melibatkan bekas Presiden US, Bill Clinton dan juga skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Berbanding dengan Malaysia, media tempatan seolah-olah memerlukan tapisan untuk menerbitkan berita yang sedemikian kerana sedia termaktub dengan undang-undang dan juga menjaga sensitivity masyarakat. Selain itu, penggunaan ayat ketika melaporkan berita yang melibatkan politik, seolah-olah menyembunyikan kebenaran kerana terpaksa kuasa kawalan dan pemilikan media di atas warga wartawan. Jika kita lihat, media cetak seperti surat khabar Berita Harian, New Straits Times dan sewaktu dengannya, mereka dipercayai adalah satu media yang berada di bawah aliran kerajaan dan berkait dengan UMNO. Akhbar lain yang dipercayai berada di bawah aliran yang sama adalah Utusan Malaysia dan KOSMO. Jika pembaca sedar akan hal ini, dapat mereka lihat di mana pelaporan berita lebih menumpukan kepada apa yang kerajaan lakukan berbanding parti pembangkang. Disebabkan hal demikian, wujud pula akhbar yang mempunyai perspektif bertentangan yang dikuasai di bawah parti politik yang berbeza. Jadi, masyarakat akan mendapat sumber maklumat yang terhad dan hanya focus kepada satu pihak sahaja jika membaca satu jenis akhbar sahaja.

Hal ini ternyata berbeza dengan media antarabangsa di mana mereka tidak berat sebelah dalam melaporkan sebarang maklumat kepada pembaca. Mereka secara terang-terangan memberikan perspektif tanpa perlu rasa bimbang. Mereka juga bebas untuk mengenengahkan apa sahaja isu yang mereka rasa perlu dibangkitkan samada dari pihak kerajaan ataupun dari pihak pembangkang. Walau bagaimanapun, scenario pelaporan berita di Malaysia turut wujud media elektronik yang mengkritik dasar kerajaan contohnya Malaysia Kini. Media ini dipercayai bersifat radikal dan memberikan pelaporan berita yang agak sinis terhadap kerajaan. Mereka membidas kerajaan bukan sahaja melalui pelaporan berita tetapi melalui karikatur yang terdapat di dalam laman tersebut.

Sumber maklumat di antarabangsa juga bebas untuk diperolehi terutama dari segi maklumat yang berbaur lucah (porno) yang selalunya didapati di dalam sumber maklumat seperti majalah. Jika kita sedar, terdapat banyak majalah berbentuk porno yang mengalirkan maklumat yang tidak memberi sebarang manfaat kepada pembacanya. Contohnya, majalah Playboy bebas dijual di pasaran di negara Indonesia dan rakyat mereka bebas untuk membeli majalah tersebut di tempat yang terbuka. Berbeza dengan Malaysia, majalah seperti ini sukar untuk diperolehi namun maklumat sedemikian masih boleh dilayari oleh segenap lapisan umur.

Ciri Internet yang tiada batasan menyebabkan masyarakat boleh mencapai sebarang bentuk maklumat tanpa batasan. Hal ini turut berlaku di Malaysia sendiri. Pelajar sekolah bias memonteng sekolah semata-mata untuk pergi ke kafe sibver dan melayari laman web seperti itu. Malah, turut memuat turun bahan tersebut di dalam telefon bimbit masing-masing. Saya sendiri sedih melihat generasi muda sekarang yang tidak segan silu melakukan aksi terlarang tidak kira di tempat terbuka ataupun di mana-mana sahaja.

Kesimpulannya, walaupun maklumat antarabangsa dengan Malaysia sedikit berbeza namun, perlu diingati bahawa sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengakses maklumat iaitu melalui Internet. Kita tidak boleh menyekat kandungan di dalam Internet namun jika kita pandai untuk menggunakannya, kita akan dapat mengelak daripada mendapatkan sumber maklumat yang salah.

Thursday, 1 December 2011

KEBOCORAN MAKLUMAT DALAM KALANGAN REMAJA

Kebocoran maklumat dalam kalangan remaja?

Remaja adalah golongan yang paling ramai menggunakan teknologi komunikasi untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan di universiti,sekolah dan lain-lain. Kalau sehari tak guna internet atau teknologi komunikasi lain yang canggih seperti telefon pintar Iphone, Blackberry dan aplikasi seperti BBM Mesengger,Android rasa tak lengkap ja hidup. Wah! Amat dasyat penangan teknologi komunikasi dalam kehidupan seharian remaja. Sehari tak ‘berfacebook’, ‘Yahoo Mesengger’ atau buka email memang rasa tak sedap hati ja kan?


Sebelum berceloteh panjang dalam blog ni, info atau maklumat yang terdapat dalam internet atau teknologi komunikasi yang lain seperti telefon, media elektronik mahupun media cetak mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk digodam. Dalam erti kata yang lain, sebarang maklumat yang terdapat dalam teknologi komunikasi sangat mudah untuk dibocorkan atau dimanipulasikan. Penyataan ini adalah benar kerana info yang terdapat dalam internet sangat mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sebagai contoh, rahsia dan maklumat peribadi yang terdapat dalam maklumat email atau facebook boleh diakses oleh orang ramai yang menggunakan teknologi tersebut. Media massa pernah melaporkan bahawa status yang dikemaskinikan dalam facebook dapat mendedahkan pengguna kepada keadaan bahaya sekiranya seseorang individu mempunyai niat yang tidak baik. Oleh itu, pengguna facebook mesti bijak menggunakan teknologi ini supaya tidak mendatangkan masalah kepada anda.

Remaja pada zaman kini sangat berbeza jika dibandingkan dengan generasi yang dilahirkan pada zaman 80-an. Sekarang mereka sangat cekap menggunakan teknologi komunikasi yang semakin berkembang dari sehari ke sehari. Sebilangan remaja telah dianugerahkan bakat untuk menggodam sebarang maklumat dan laman sesawang yang terdapat dalam Internet. Contohnya, baru-baru heboh diperkatakan apabila laman web kerajaan Amerika telah digodam oleh Wikileaks. Maklumat dan rahsia kerajaan US telah diakses oleh pihak lain yang menggunakan nama anonymous. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang wikileaks sila akses laman web ini http://majalah9.com/wikileaks-antara-kontroversi-dan-konspirasi/.



Kehebatan penggodam ini telah mendapat perhatian seluruh dunia sehinggakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan negara-negara lain mengarahkan supaya penutupan laman web Wikileaks ini. Sudah terbukti bahawa kebocoran maklumat yang ‘dilancarkan’ oleh Wikileaks ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada pihak yang digodam. Secara tidak langsung, jenayah siber yang berlaku ini mendatangkan kesan buruk kepada remaja pada masa akan datang.

Sebagai kesimpulannya, maklumat atau info yang terdapat dalam internet amat mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika ketika menggunakan teknologi komunikasi. Justeru, remaja perlu menapis sebarang maklumat atau info yang diperoleh melalui teknologi komunikasi. Jangan mudah terpedaya dan menerima bulat-bulat apa-apa isu yang dinyatakan dalam internet. Pilihan semuanya terletak pada anda sendiri dan anda berhak memilih maklumat yang paling baik.

TEKNOLOGI DAHULU YANG PERNAH DIGUNA PAKAI

Tahukah anda terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara umumnya dan belia secara khususnya ? Jawapannya adalah ya kerana sememangnya terdapat banyak sumber yang digunapakai walaupun ia terpaksa memakan masa yang lama untuk disampaikan kepada golongan sasaran ini.


Sebagai contoh, telegraf turut digunakan sebagai salah satu sumber berita untuk menyampaikan maklumat. Dengan adanya telegraf, kedua-dua pihak boleh berhubung antara satu sama lain. Sudah pasti ada antara kita yang melihat filem-filem lama di mana ada pelakon yang menampilkantelegraf sebagai sumber penyalur maklumat. Bayangkan jikalau tiada perkembangan teknologi seperti yang berlaku pada hari ini, mungkin telegraf masih wujud dan manusia terpaksa menunggu dengan lebih lama semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan.


Bak kata orang muda-muda zaman sekarang, sangat untung apabila semua benda hanya di hujung jari sahaja tanpa memerlukan bantuan tenaga yang banyak. Tengok sahajalah, ingin berkomunikasi dengan rakan yang jauh berbatu-batu terasa dekat dan senang sekali apabila menggunakan kemudahan Internet yang mengesyorkan laman social sepert Facebook, Twitter dan sewaktu dengannya.


Jikalau diulang kembali masa lampau, cuba kita lihat, golongan masyarakat hanya berutus surat ataupun melalui surat khabar. Namun, surat khabar pada zaman dahulu tidaklah sesenang sekarang untuk didapati. Pada masa ini, surat khabar bukan sahaja terdapat di dalam bentuk coretan di atas kertas namun, boleh didapati dalam Internet juga. Petik jari semua dapat. Itulah yang boleh diibaratkan kehidupan golongan belia pada zaman sekarang. Anehnya, ada juga belia yang masih tidak mahu bersyukur!


Selain daripada itu, sumber penyaluran maklumat yang digunakan pada zaman dulu-dulu dan tidak dinafikan masih kekal hingga sekarang iaitu, televisyen (TV). Apa yang membezakan dulu dengan sekarang hanyalah peralihan teknologi sahaja di mana kalau dahulu, skrin semuanya hitam putih tapi sekarang, kita boleh melihat sebarang rancangan di dalam TV seolah-olah di hadapan kita (senang cerita, dalam bentuk 3D la). Alahai, canggihnya dunia kan.


Jika melihat dari aspek ketenteraan, pihak mereka pada awalnya menggunakan ARPANET bagi membantu melicinkan proses ketenteraan mereka. Inilah merupakan asas kepada kemunculan Interner yang mana telah terlalu banyak mengongkong kehidupan manusia dan menyebabkan semua benda kelihatan seolah-olah nampak mudah.


Tiba-tiba turut teringat kisah lama di zaman muda-muda remaja era tahun 2006. Pada ketika itu, kami hanya menggunakan disket untuk menyimpan maklumat malah lebih menderitakan, disket tersebut hanya mampu memuatkan sebilangan kecil dokumen ringan sahaja ataupun fail yang mempunyai format word. Jejak ke era kini, kebanyakan spesis manusia sudah semestinya akan gunakan alat-alat canggih seperti thumbdrive, external hard disk dan sebagainya untuk menyimpan data atau sebarang maklumat yang penting. Cucuk sahaja, selesai segala masalah. Hilang penat dan lelah. Tiada lagi rasa gundah. Apatah lagi rasa payah.

Dulu;

Sekarang;


Tuntasnya, tak dapat dinafikan lagi, memang ada teknologi yang masih relevan untuk diguna pakai dari dahulu hingga sekarang walaupun bermacam-macam pembaharuan dilakukan. Teknologi yang sedia ada ini mungkin dapat menyedarkan generasi belia akan pentingnya penyaluran maklumat kepada mereka. Hal ini kerana tanpa adanya maklumat, maka jadilah katak di bawah tempurung. Orang lain sudah maju ke hadapan namun kita masuh lagi di takuk belakang. Ayuh, sedarlah generasi muda! Jadilah warga yang sentiasa peka dengan saluran berita supaya bersedia di hari muka. Tepuk dada, tanyalah selera.

Thursday, 24 November 2011

MEJA BULAT ATAU KEPALA BULAT?


Pernah dengar pasal perundingan meja bulat 1Malaysia? Seriously aku sendiri pun taktahu apakah itu semua. So selepas menjalankan kajian terperinci bersama Encik Google, tahulah aku bahawa perundingan meja bulat 1Malaysia merupakan satu pentas dalam talian yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjemput rakyat Malaysia untuk menyuarakan pandangan dengan menyumbangkan idea dan cadangan yang konstruktif bagi menyelesaikan isu-isu yang kita hadapi dewasa kini (Sumber: MyMetro)

Persidangan yang diadakan selama tujuh hari bermula 8 sehingga 14 Ogos 2011 menyaksikan nama-nama besar seperti Chandra Muzaffar, Datuk K Rajagopal, Serbegeth Singh dan Marimuthu Nadason membuka topik-topik yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Najib mengharapkan agar masyarakat boleh menyumbang kepada perbincangan ini sekaligus membawa kepada perubahan dasar negara hasil daripada kesepakatan yang diambil.

Tapi, yang selalu menjadi perkara berbangkit sekarang ini adalah belia Malaysia kurang atau tiada minat langsung tentang politik negara. Berapa kerat sangat peratusan belia join websites politik dan berbincang dengan baik. BERBINCANG ya, bukan BERGADUH. Ada certain manusia bila sebut politik mulalah telinga dia bernanah, mata merah keluar api. Alergik sungguh sebab kononnya benci sangat dengan pentadbiran negara. Habistu kalau dah kau taksuka/benci/menyampah dengan administration Malaysia ni, why not kau salurkan ketidakpuasan hati kau tu dengan cara yang baik? Tulis biaq terang, biaq semua umat manusia diluar sana dapat baca luahan hati kau. Lagi satu, peminat-peminat utama topik-topik begini juga bukanlah dalam kalangan kita sendiri, belia Malaysia. Pakcik-pakcik yang bersidang dikedai kopi lebih tertarik untuk menjadikan topik ini sebagai bahan bualan mereka. Mungkin belia Malaysia kurang mengambil berat soal politik negara tetapi perkara seperti inilah yang akan menentukan masa depan negara kita. Mungkin beautifulnara dan ohbulan lebih menarik jiwa dan raga untuk menatapnya sembilanbelas kali sehari walapun mata dah penat mulut asyik menguap tapi gosip tetap tak boleh missed.

 
Bukan semua belia berminat nak melibatkan diri dalam politik, apatah lagi nak menghabiskan air liur membebel pasal politik. Satu, sebab dah tahu takkan kemana apa yang kita pumpang kan tu sebab ada AUKU. Kang kena tahan tak pasal. Kedua, sebab pengaruh rakan sebaya. Ketiga, sebab memang diri sendiri tak rasa nak borak soal politik bagai. Yes, aku termasuk dalam kelompok ketiga. Jadi dah nampak disitu, bila dah diri sendiri takminat soal politik, berkawan pulak dengan orang-orang yang seangkatan dengan kita, maka memang tak berkembanglah pengetahuan am para belia berkenaan isu politik. Hello, korang ni dah generasi X, maklumat sentiasa dihujung jari. Kehulu kehilir usung iPhone, Blackberry, iPad, Galaxy dan apakah lagi produk duniawi itu semua tapi tetap tidak menggunakan dengan sebaiknya fungsi teknologi-teknologi dihujung jari korang itu. Janganlah menjadi seorang yang sungguh noob please.


Jadi, melalui perundingan blog 1Malaysia ini, kita, para belia negara tercinta ini bolehlah menyalurkan, menyuarakan atau berkongsi sebarang idea atau permasalahan yang sememangnya telah lama berbekam dihati. Tidak usahlah kalian menyatakan kebencian kalian kepada politik kerana mungkin pemimpin negara kita pada 2067 adalah anda. Jangan nak kutuk belakang je lebih pasal cara pemerintahan sesiapa tapi bila berdepan mulalah tersengih sengih macam kerang busuk habis hilang segala idea bernas kau tadi. Mungkin juga kau ada ideologi baru yang kau nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia tapi takut kena kutuk, kena kecam atau mungkin kena bunuh. But chill lah bro, kalau kau berani kerana benar takperlu takut kan.

Atau kau perlukan inisiatif yang lebih kreatif untuk menyampaikan corak-corak pemikiran kau memandangkan web rundingan meja bulat itu sendiri telah di-removed atas sebab apa pun entahlah, kau boleh cuba cara ini;


Walaupun video dan storyline aku ni macam takberkaitan, tapi apa yang baik kita ambillah. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. *Okay tak ada kaitan.

*Menghiburkan orang itu kan lebih baik dan secara halusnya kau menyampaikan sesuatu yang perlu difikirkan dengan mendalam.

Wednesday, 23 November 2011

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT

ICT (Internet Communication Technology) bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang sering digunakan pada masa kini untuk tujuan berkomunikasi serta menyampai dan menyalurkan pelbagai jenis maklumat yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Maklumat serta pelbagai informasi terkini boleh didapati dengan sekelip mata serta dihujung jari dengan adanya kemudahan ICT pada masa kini. 


Dalam dunia yang serba moden ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa rata-rata rakyat memerlukan maklumat dalam mengikuti arus semasa dan kebanyakkannya memilih internet yakni media baru dalam mendapatkannya memandangkan ianya mudah, pantas serta menjimatkan masa dan tenaga. Remaja terutamanya lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat melalui penggunaan media baru ini berbanding media tradisional seperti surat khabar, risalah mahupun majalah yang mana lebih telus dan tepat.


KENAPA MEDIA TRADISIONAL LEBIH TELUS DAN TEPAT?

Ini adalah persoalan yang sering diutarakan bagi mereka yang acapkali menggunakan media baru dalam mendapatkan maklumat. KENAPA? KENAPA? KENAPA? Media tradisional lebih telus dan tepat informasinya? Hal ini dapat dirungkaikan dengan mudah jika seseorang itu dapat memahami ciri ketanpanamaan identity (anonymous) dalam penyebaran dan penyampaian teknologi maklumat. 

Sebagai contoh, penggunaan blog kini semakin menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia. Individu mahupun mana-mana organisasi kini mampu untuk menyuarakan pendapat, pandangan, kritikan, sokongan dan sebagainya melalui hasil tulisan mereka di dalam blog.. Ciri-ciri blog dimana ianya bebas dalam pelbagai aspek memberikan impak kepada perkembangan blog itu sendiri dan hal ini telah mencetuskan masalah yang digeruni ramai dimana maklumat yang ada pada masa kini datang dari sumber yang tidak boleh dipercayai. Ketanpanamaan (anonymous) menggalakkan lagi aktiviti penyebaran maklumat yang tidak tepat terhadap sesuatu isu dan isu ini semakin menjadi jadi tatkala apabila informasi itu disebarkan melalui blog dimana identity blog itu dilindungi dan ianya dijadikan sebagai medium untuk penyebaran fitnah dan sebagainya.

Blog dilihat sebagai platform dalam masyarakat mendapatkan kebebasan dari segi kebebasan bersuara dan kebebasan mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun, persoalannya adalah adakah kebebasan memiliki blog ini memberikan kesan terhadap keterdapatan maklumat yang telus untuk diguna pakai oleh golongan masyarakat?


Seperti yang kita sedia maklum, maklumat yang kita perolehi daripada media tradisional adalah lebih tinggi tahap ketelusannya memandangkan ianya ditulis dan fakta yang diperolehi adalah daripada sumber-sumber yang dipercayai dan ianya dikawal selia dengan rapi sebelum sesuatu informasi itu disalurkan kepada masyarakta, hal ini adalah amat bercanggah sama sekali dengan media baru dimana informasi yang didapati tidak dikenal pasti sumbernya dan ianya tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Melalui media baru, ianya dilihat mendatangkan kelemahan dari aspek penyebaran maklumat memandangkan terlalu banyak pandangan dan maklumat yang disuarakan dari pelbagai laman sesawang seperti blog, forum, facebook, twitter dan sebagainya.

Keadaan tersebut akan menyebabkan percanggahan informasi dan hal ini akan menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan kepada pembaca serta mereka yang mahukan informasi. Hal ini bermaksud, jika terlalu banyak fahaman atau idelogi serta terdapat individu yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah serta informasi yang tidak benar.

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku seperti globalisme, era teknologi maklumat, kapitalisme, dan liberalisme memberi kesan yang amat besar dalam proses penyaluran maklumat. Teknologi, sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, internet dikenali sebagai “sampah-sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Ada sekian banyak laman-laman web yang mendedahkan bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.

Malah, sejak kebelakangan ini internet telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah, berita-berita palsu. Sesetengah bahan negatif yang disebarkan itu memang mendatangkan kesan buruk dan ianya mampu untuk mempengaruhi corak pemikiran masyarakat dan ini dikhuatiri akan membawa impak yang buruk pada masa hadapan. 

Sebagai konklusinya, penyalahgunaan teknologi dalam menyalurkan maklumat oleh sesetengah pihak boleh mendatangkan impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Teknologi seharusnya digunakan dengan berhemat supaya maklumat yang diperolehi adalah telus dan boleh dipercayai. Selain daripada itu, penerima maklumat yang menggunakan medium teknologi untuk mendapatkan maklumat seharusnya bijak bagi memastikan mereka tidak terus terangan menelan segala informasi yang diberikan.

Wednesday, 16 November 2011

KEBAIKAN TEKNOLOGI DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT

Teknologi dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan, tambahan pula apabila berbicara soal teknologi kepada belia. Sebut sahaja teknologi, golongan inilah yang terlebih dahulu mara ke hadapan membicarakan secara lantang perkara- perkara berkaitan teknologi sehinggakan golongan yang tidak mengikuti perkembangan teknologi terpinga- pinga di buatnya. Apabila kita berbicara mengenai teknologi dalam penyampaian makulumat ataupun dalam keadaan sosial, kita harus sedar bahawa teknologi tidak wujud dalam kekosongan, teknologi ini dihasilkan dengan tujuan tertentu contohnya untuk perniagaan dan kita juga harus sedar bahawa teknologi seringkali dikuasai oleh perbadanan antarabangsa.


Jika diteliti secara mendalam, kebaikan teknologi dalam proses menyalurkan maklumat adalah banyak dan sangat berpengaruh dalam kehidupan seharian. Kita ambil contoh kejadian tsunami yang pernah menggemparkan dunia pada beberapa tahun yang lepas, ia jelas menunjukkan bagaimana teknologi seperti internet dan media penyiaran seperti televisyen berjaya menyebarkan maklumat kepada seluruh dunia mengenai tragedi tersebut. Perkara sebegini memudahkan orang ramai untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku dalam jangkamasa yang cepat dan pantas.

Dari segi pekerjaan pula kita dapat lihat pada satu ketika dahulu semua perkara dilakukan secara manual, pada masa sekarang pula sesuatu pekerjaan itu dapat diselesaikan hanya dihujung jari dengan mudah tanpa memerlukan jangkamasa yang panjang. Ini secara tidak lansung dapat menjimatkan masa dan kos.

Selain itu, globalisasi juga menjadikan dunia semakin rapat antara satu sama lain. Ini dapat dilihat menerusi perkongsian maklumat tanpa mengira halangan geografi dan dunia kini dibangunkan dalam “Global Village” dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara- negara kurang maju seperti Bahamas dan negara maju seperti Jepun walaupun berbeza jarak dan budaya, tetapi masih mampu berkongsi idea dan makulumat antara satu sama lain.


Antara kebaikan lain adalah, dengan adanya teknologi semua perkara berkaitan perniagaan dapat dijalankan dan beroperasi selama 24 jam dan 7 hari di seluruh dunia. Perkara sebegini membolehkan urusan perniagaan berjalan tanpa henti. Begitu juga proses jual beli sehingga penghantaran dapat dihantar ke rumah pembeli tanpa perlu keluar dari rumah.

Disamping itu kebaikan teknologi juga dapat dilihat dengan wujudnya peluang pekerjaan yang baru. Seperti kita ketahui, perkembangan teknologi memerlukan individu dan kelompok yang mahir mengendalikan teknologi tersebut, ini secara tidak lansung mewujudkan peluang pekerjaan seperti sistem analis, pentadbir web dan pengendali- pengendali mesin yang mahir.


Kesimpulannya, teknologi memberi banyak impak kepada kebaikan selagi kita pandai menggunakannya secara berhemah. Walaupun teknologi turut mempunyai kesan negatif, tetapi kita tidak dapat menafikan sumbangannya dalam era globalisasi kini.

Monday, 14 November 2011

KEBEBASAN BERTEKNOLOGI DALAM PENULISAN BLOG

Berhubung topik di atas, cuba korang tanya kat belia-belia zaman sekarang, sama ada diorang ada blog ke tak? jawapannya,mesti ADA!! tak percaya??cuba la tanya..ok..ok.. sekarang saya cuma nak menghuraikan kebebasan berteknologi dalam penulisan blog.. sebelum tu, apa yang best dengan ada blog ni eh??

Di dalam negara yang terkawal macam Malaysia ni, kemunculan web blog menjadi saluran alternatif bagi mereka yang ingin menyebar dan menyiarkan pandangan yang lazimnya akan dipendam oleh media-media massa. Percaya atau tidak, web blog juga telah dijadikan medium untuk peniaga-peniaga menjual barang-barang mereka. selari la dengan perkembangan teknologi,kan? segalanya dapat dilakukan dengan hanya satu 'klik'.

Menurut China Daily(2005), setiap satu saat ,satu web blog di cipta di dalam ruangan internet. Ini bermakna jumlah aliran maklumat menerusi Internet sudah semakin berkembang maju. Jika dengan kewujudan Internet mampu mengubah corak aliran penghantaran dan pengaliran maklumat, maka, kehadiran web blog telah mencetus pengaliran pendapat secara meluas.

Korang pun mesti pernah menyatakan rasa tak puas hati korang dalam blog masing-masing,kan? Sedar atau tidak,blog juga telah menjadi online diary yang mana bloggers bebas meluahkan pendapat mereka. Sebagai contoh, isu pengklonan kambing biri-biri yang bernama Dolly pada suatu ketika dahulu yang diklon daripada sel dewasa. Apabila kejayaan pengklonan ini diumumkan, banyak pihak telah menggunakan web blog untuk melahirkan pandangan mereka terhadap isu ini. Ramai masyarakat dunia berpendapat bahawa usaha pengklonan tidak seharusnya dilakukan terutamanya umat Islam kerana mereka berpendapat bahawa ia seolah-olah telah mengambil-alih kuasa Allah yang berkuasa dalam mencipta kewujudan makhluk di muka bumi. Larangan ini bukan sahaja terhad kepada masyarakat Islam, malah turut disuarakan oleh negara Barat seperti UK yang dianggap lebih liberal. ( Sexton,2000). Menerusi web blog,masyarakat bebas melahirkan pendapat mereka terhadap sesuatu isu dan seterusnya mampu menarik perhatian pemimpin-pemimpin dunia.

Selain itu, menerusi blog juga peniaga-peniaga mampu melariskan jualan barangan mereka. Memandangkan terdapat segelintir masyarakat yang malas untuk agak sibuk untuk membeli barang keperluan, 'online shopping' menjadi alternatif baru bagi mengatasi masalah kesuntukan masa mereka. Daripada baju sehingaa kepada keperluan peribadi seperti syampu dan sabun badan, mampu dibeli menerusi web blog. yang mana pembeli hanya perlu beri nama,alamat rumah serta nombor telefon mereka kepada pemilik blog. setelah itu,transfer jek jumlah wang yang perlu dibayar kepada akaun pemilik blog terbabit. dalam masa 2 hari,barangan akan sampai di depan pintu rumah. mudah,kan?

Kesimpulannya, kebebasan berteknologi dalam penulisan blog mampu meberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Namun, pandai-pandailah kita memanfaatkan kemudahan yang ada agar tidak menimbulkan banyak spekulasi yang dapat menyusahkan orang lain.

Jadilah blogger yang bijak dalam ber'blogging' ok?
=)

Tuesday, 8 November 2011

EVOLUSI KEHIDUPAN KITA

“Maklumat di hujung jari”, frasa yang menunjukan dan menjelaskan senario masyarakat hari ini yang kaya dan dilimpahi dengan kepelbagaian informasi. Hal ini adalah tuntas daripada perkembangan teknologi-teknologi komunikasi yang semakin pesat membangun. selak sahaja halaman-halaman akhbar dan majalah, cerita tentang kepentingan dan kebaikan teknologi pasti ada walaupun hanya terselit di bahagian nota kaki sahaja. Jelaslah, teknologi kini sebahagian dari hidup kita dan kita tidak mampu menyangkalnya.


Kepelbagaian teknologi kini juga memberi pelbagai kesan dan akibat terhadap masyarakat hari ini. Perkembangan teknologi ini sedikit sebanyak memberi natijah buruk kepada insan. Apabila kita terlalu bergantung dengan teknologi dan menyebabkan kita menjadi seorang teknofilia.


Teknofilia secara amnya merujuk kepada kebergantungan tinggi kepada teknologi,dengan kata lain, individu yang tidak dapat hidup tanpa mengunakan teknologi dalam kehidupan harian.


Persoalannya, adakah kita juga teknofilia?


Sebenarnya, kita dan masyarakat disekeliling kita iaitu bukan sahaja di Malaysia namun menjangkau keseluruh pelusuk dunia kini semakin berubah gaya dan budaya kehidupan. Perkembangan teknologi telah mendesak kita supaya menjadi teknofilia. Lihat sahaja gaya kerja, pekerjaan melalui online dipercayai membuat individu lebih produktif berbanding budaya kerja lama(manusia sebagai tenaga kerja). Sebagai contoh,pekerjaan di industri pembuatan kereta. Pekerja manusia kini telah pun digantikan dengan mesin.hal ini kerana produktiviti mesin untuk mengerakkan penghasilan berkali-kali ganda berbanding manusia.



Begitu juga kehidupan sosial, dengan wujudnya laman-laman sosial di internet, gaya perhubungan masyarakat tidak lagi menjadi face-to-face namun berubah menjadi facing facebook. Hal ini tidak langsung menyebabkan kehidupan bermasyarakat menjadi pasif. Ditambah lagi dengan kecangihan teknologi komunikasi yang mudah alih kini, kehidupan bermasyarakat berubah menjadi dekat tetapi jauh.


Nah, jelas bukan. Perkembangan teknologi dan trend hidup telah mendesak kita menjadi teknofilia. kita mungkin menidakkan kenyataan bahawa kita juga semakin menjadi teknofilia,namun inilah realitinya , kita semakin menjadi begitu. Akhir kata, tepuk dada tanya selera.

Thursday, 3 November 2011

SECOND SELF: PEMALSUAN MAKLUMAT DAN IDENTITI

Keprihatinan terhadap jenayah siber yang sering melibatkan masyarakat ini semakin mendapat perhatian ramai. Banyak kes penipuan yang licik dilakukan oleh penjenayah siber ini. Paparan mengenai penipuan di alam maya sering kali didengari dan sudah menjadi santapan harian kita. Penyamaran identiti dan pemalsuan maklumat menggunakan alam maya mendatangkan masalah malah mampu melumpuhkan kredibiliti seseorang. Terdapat satu artikel yang harus dikongsi bersama untuk kesejahteraan pada masa akan datang.

Pada 28 Disember 2008, isu mengenai seorang pakar peniagaan internet, Irfan Khairi telah mengambil tindakan undang-undang dan menulis di dalam laman web rasmi beliau bahawa susulan kes mengenai SPAMMERS yang menggunakan nama beliau dalam email untuk mempromosikan skim buat duit di Internet, laporan polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan.

Metro Ahad, 28 Disember 2008. page 2.
 
Tindakan undang-undang telah dilakukan oleh Irfan Khairi dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama. Kenapa tindakan perlu dilaksanakan?
  1. Email sebegini yang mempergunakan nama beliau telah menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan beliau dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah beliau.
  2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti beliau sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama beliau di dalam email menganggu kredibiliti beliau sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang beliau pandang amat serius.
  3. Dengan menyamarkan nama beliau, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri beliau tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
  4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama beliau di mata pelanggan korporat yang melantik beliau atau bakal melantik beliau sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak beliau dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  5. Pihak yang menggunakan nama beliau dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  6. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya beliau tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
  7. Sekiranya beliau tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama beliau untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri beliau sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  8. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!
Perkara sebegini telah terjadi pada beliau sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.

Jika direnung kembali, kes seperti ini melibatkan seorang pakar perniagaan internet yang mahir mengenai internet, beliau mampu bertindak untuk menyelesaikan masalah ini dan suara beliau dapat didengari oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat  biasa yang menjadi mangsa penipuan di alam maya, contohnya remaja yang sering kali menjadi mangsa penipuan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Jenayah siber dewasa ini tidak harus dipandang remeh.

Saturday, 29 October 2011

TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN BELIA

Gajet!! Gajet!! Satu peralatan yang menjadi kegilaan kepada belia masa kini. Ada yang sanggup berlapar hanya untuk memiliki apa yang tercanggih dan terbaru dipasaran. Kehulu kehilir yang pasti di tangan sudah pasti kelihatan gadget yang menjadi keinginan semua belia. Our technology is truly amazing! Satu gadget dapat digunakan untuk mendapatkan dan mengetahui semua berita dan maklumat tanpa sempadan. Dimana, hanya satu butang cukup untuk menghubungkan semua belia di seluruh dunia. Laptop, Telefon pintar, tablet dan pelbagai lagi peralatan canggih ini sedar atau tidak sudah ada dimiliki oleh kita.

Apa yang mampu kita perkatakan jika belia tanpa teknologi? Pelbagai persoalan boleh timbul dari penyataaan ini sama ada dari sudut pandangan yang positif mahupun negatif di kalangan masyarakat masa kini. Jadi, bolehkah belia masa kini hidup tanpa teknologi? Tanpa facebook, twitter, youtube, google dalam mendapatkan berita da maklumat? Apakah kesannya kepada masyarakat dan juga negara jika belia tanpa teknologi? Bagaimana pula kesannya jika belia hidup dengan adanya teknologi? Mengapa perlunya teknologi kepada belia? Sejauhmana pentingnya teknologi kepada belia? Oleh yang demikian kita akan kupas sejauhmana benarnya pernyataan ini. 

Medium yang belia gunakan untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat adalah internet itu sendiri. Teknologi yang semakin pantas dan mudah mampu membuatkan perubahan dalam kehidupan belia masakini, tetapi terdapat juga kesan negative yang mungkin tidak dapat dikawal lagi.
  • Media Massa - Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melaluinya, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, penyebaran sesuatu maklumat lebih mudah melalui blog-blog dan youtube akan tetapi adakah anda pasti ketepatan berita tersebut?
  • Media Barat adalah punca tersebarnya pengaruh negatif terhadap masyarakat sama ada sosial, budaya, bangsa dan agama. Kes jenayah yang meningkat adalah berpunca dari tiada kawalan dalam mendapatkan informasi.
  • Belia menjadi semakin individualistik dan materialistik. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Sikap kunjung mengunjung dan bertanya khabar sudah dilupakan, perbualan melalui 3g dan sistem pesanan ringkas adalah pengganti kepada semua perhubungan.
Namun begitu, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut menyumbang kepada pelbagai kebaikan dan memberi kesan yang positif seperti :
  • Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional.
  • Mendekatkan dunia dengan banyak cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas dan rangkaian media global yang merebak.
  • Interaksi antara negara dan masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu. Menjadikan teknologi maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Suatu kepastian gajet yang membawa kepada informasi ini penuh dengan kejutan. Apa yang akan ada di masa akan datang masih menjadi tanda Tanya? Peralatan apa dan bagaimana fungsi yang akan menjadi kegilaan belia kelak. Jiwa belia yang masih meronta-ronta akan teknologi memberi peluang kepada pencipta-pencipta peralatan canggih ini mengaut keuntungan. Kepergian Steve Jobs mungkin melambatkan perkembangan gajet baru tetapi syarikat lain menggunakan ia sebagai peluang memperkenalkan produk gajet terbaru mereka.


Thursday, 27 October 2011

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT DAN PROPAGANDA

Penggunaan teknologi yang serba canggih semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di serata dunia. Masyarakat Malaysia juga tidak terkecuali di dalam hal ini. Kemajuan dalam teknologi yang membawa kepada peningkatan penggunaan Internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar juga disebut sebagai media baru yang memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas. Penggunaan teknologi secara meluas telah banyak memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Antara impak penggunaan teknologi yang telah memberi pengaruh yang agak besar kepada kita ialah di dalam penyebaran maklumat dan propaganda. Walaubagaimanapun, ia hanyalah disedari sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah masyarakat sudah sedar tentang kemampuan teknologi dalam menyebarkan maklumat dan juga propaganda pihak-pihak tertentu?
                
Tidak dapat dinafikan lagi, masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang menggunakan teknologi di dalam kehidupan seharian telah menjadikan teknologi sebagai suatu keperluan dan bukan lagi kehendak di dalam kehidupan. Apatah lagi, penggunaan teknologi bukan sekadar untuk golongan yang sedang belajar atau sudah bekerja, namun ia telah menjadi fenomena kepada kanak-kanak dan juga orang biasa. Penggunaan teknologi ini seterusnya memberi pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Penggunaan komputer, computer riba, gajet-gajet seperti telefon tangan pintar seperti Blackberry, IPhone, ‘tablets’ seperti IPad, Playbook dan Samsung Galaxy Tab dan penggunaan internet telah menjadi kegilaan masyarakat. Selain itu, laman web jaringan social seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube, blog dan lain-lain lagi telah mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh dunia. Kewujudan teknologi-teknologi yang mudah atau dikenali sebagai teknologi di hujung jari ini sedikit sebanyak telah membantu dalam kehidupan masyarakat terutamanya di dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat. Dan turut diselitkan juga ialah propaganda dari pihak-pihak tertentu untuk masyarakat. Penyebaran maklumat bukan hanya sekadar berita yang berlaku di sekeliling, malah maklumat-maklumat terbaru dan juga yang tertutup juga turut disebarkan sejak adanya teknologi ini. Sistem jaringan Internet yang luas dan laju telah banyak membantu di dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat seluruh dunia.
               
Dalam era politik demokrasi dan kebebasan bersuara pada hari ini, dunia siber telah menjadi medan untuk seseorang mengenengahkan pandangan mengenai sesuatu isu bagi mempengaruhi orang lain. Laman web, blog, portal berita Internet, emel, sms, Youtube, Facebook, Twitter dan lain-lain lagi seringkali disebut sebagai media baru. Kewujudan media baru ini telah menamatkan dominasi media cetak dan media elektronik sebagai alat penyebaran fakta yang disusun untuk menyokong satu sudut pandangan. Dalam konteks Negara dan pemerintahan, sudut pandangan ini disebut sebagai ideology pengabsahan (legitimating ideology) dan sebagai contoh di Negara kita ialah ideology yang muncul dengan konsep-konsep mengenai Kontrak Sosial, Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan lain-lain lagi. Dan yang terbaru sekali adalah ideology 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang. Penyebaran maklumat berkenaan gagasan 1Malaysia ini rancak berjalan di seluruh Negara. Terdapat laman web atau blog tersendiri yang banyak menyalurkan info kepada rakyat berkenaan gagasan 1Malaysia ini. Apatah lagi, penyebaran ideology 1Malaysia turut dilakukan secara maya apabila Perdana Menteri sendiri mempunyai laman ruang Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menyebarkan ideology dan propaganda mereka. Hal ini kerana, laman seperti itulah merupakan cara terdekat untuk mendekatkan diri kepada rakyat pada zaman sekarang yang serba maju ini.

 

Tambahan pula, kewujudan teknologi komunikasi telah membuka kepada penyebaran maklumat yang sekaligus membuka peluang untuk suara-suara pembantahan (dissenting voices) di dalam masyarakat untuk mengemukakan sudut pandangan alternative bagi menandingi ideology pengabsahan pemerintah. Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat banyak laman-laman web dan portal berita internet yang menyediakan idea-idea alternative mengenai hubungan kaum, pembinaan Negara, demokrasi dan lain-lain lagi. Ia banyak disebarkan di ruangan siber ini. Hal ini telah menyebabkan kawalan pemerintah ke atas penyaluran maklumat menjadi terbatas dan penyebaran ideology pengabsahan (legitimating ideology) pemerintah juga semakin kurang berkesan. Ini akan memberikan impak kepada penyebaran propaganda pihak pemerintah. 

Penggunaan blog dan akses kepada portal berita internet telah membuka ruang kepada suara-suara pembantahan dalam masyarakat untuk mempopularkan idea-idea alternative yang sebelum ini tidak mendapat liputan meluas dalam media cetak kerana undang-undang kawalan media cetak yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa. Ia adalah untuk mengelak daripada sekatan-sekatan yang terdapat dalam Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang mengawasi media cetak. Oleh itu, kewujudan portal blog seperti Malaysiakini, Malaysia Today dan lain-lain lagi telah menjadi popular kerana idea-idea alternative yang disebarkan. Malaysiakini berlatarbelakangkan cetusan gelombang Reformasi 1998 dan pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan pertarungan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti-parti pembangkang dalam Barisan Alternatif. Walaupun dalam pilihanraya tersebut, BN masih Berjaya mengekalkan penguasaam n majority dua pertiga di Parlimen dan menguasai semua kerajaan negeri kecuali Kelantan dan Terengganu, peristiwa pemecatan, perbicaaraan dan pemenjaraan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memberi lonjakan kepada wacana demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia. Malaysiakini bersama beberapa laman web reformasi yang telah diwujudkan terlebih dahulu, telah menjadi saluran pemberitaan dan komentar alternative untuk menyampaikan idea-idea pro-demokrasi dan hak asasi manusia. Walaupun pada awalnya ia merupakan berita portal percuma,namun ia telah memulakan perkhidmatan berbayar bermula pada tahun 2002. Namun begitu, jumlah pembaca semakin meningkat bergantung kepada isu dan peristiwa semasa. Semasa kempen pilihan raya kecil Ijok 2007, Malaysiakini mencatat purata jumlah sebanyak 1.3 juta setiap hari dengan 44,000 muat turun video daripada laman tv internetnya.

 

Selain Malaysiakini, Malaysia Today yang diasaskan oleh Raja Petra Kamaruddin pada tahun 2004 juga merupakan salah satu portal berita yang menyediakan idea-idea alternative. Berbeza daripada Malaysiakini, Malaysia Today boleh diakses percuma dan lebih bersifat komentar daripada pemberitaan. Ruangannya yang memuatkan tulisan-tulisan Raja Petra sarat dengan kritikan-kritikan terhadap pemerintah, terutamanya berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, diakui sendiri oleh Raja Petra, laman web tersebut telah digunakan oleh ahli-ahli politik, terutamanya ahli-ahli politik UMNO, untuk melancarkan serangan peribadi terhadap satu sama lain. Malaysia Today juga pernah mencatat jumlah purata lawatan sebanyak 1.7 juta sehari. Walaubagaimanapun, Raja Petra telah diambil tindakan ISA di mana terdapat tulisan beliau yang dianggap memberikan ancaman kepada negara.
 

Sebenarnya, laman portal berita yang menyediakan idea alternatif ini banyak mempengaruhi masyarakat. Ini dapat dilihat pada pilihan raya umum yang lepas. Kita dapat melihat parti kerajaan kita agak goyah apabila banyak kekalahan yang berlaku. Hal ini sebenarnya menjelaskan, rakyat sudah bersifat terbuka dan tidak hanya menerima ideologi yang disogok oleh pemerintah. Kewujudan teknologi komunikasi atau media baru seperti portal internet berita ini banyak memberikan pandangan baru yang dapat mencelikkan mata rakyat. Teknologi komunikasi yang telah memberi ruang kepada suara-suara pembantahan dalam masyarakat untuk menyuarakan pandangan, sekaligus mempersoalkan ideologi pengabsahan pemerintah dam menyemarakkan amalan demokrasi. Penyiaran tulisan-tulisan berbentuk 'anti-establishment' dalam media baru telah membuka peluang kepada pelbagai kelompok dan kumpulan berkepentingan dalam masyarakat sivil untuk menyuarakan hak mereka dan memastikan kerajaan lebih bersifat responsif terhadap kebajikan mereka. Kesimpulannya, penggunaan teknologi komunikasi banyak memberi pengaruh dan impak kepada masyarakat terutamanya dari sudut penyebaran maklumat dan propaganda dari pihak-pihak tertentu.